Wastul Balad, Rosul Ain dan Abdali Mall

“Zat, jom pergi Wastul Balad lepas asar, kita selam bundle”
“Jommmm”

Setibanya di Wastul Balad, kami terus ke Al-Quds, restoran yang paling femes di sini.

Kami terus order mansaf, maqlubah dan juga separuh kepala kambing.

Memang syahdu beb.

Habis ja makan, kami teruskan perjalanan untuk ke bahagian kedai bundle.

Terus kami selongkar dari kedai ke kedai tapi tiada hasil dan semua baju yang ada di display semuanya baju-baju lama dan lusuh.

Tidak ambil masa lama, kami terus ambil teksi dan pergi ke Rosul Ain.

Kami sampai di sana tepat pada waktu Maghrib.

Langsung saja solat Maghrib dan langsung menyelam.

Dari kanopi ke kanopi, semuanya baju-baju stok lama. Tiada penampakan stok-stok baru di setiap kanopi tu.

Terus kami fikir, kalau tiada hasil di bundle, bagus pergi Abdali Mall ja.

Sekarang healing-healing sempena cuti sem ni.

Langsung kami tembak Abdali Mall.

Jalan punya jalan, banyak juga hasil dari Abdali Mall.

Cuci mata (tengok barang), lepak minum dan memerhati gaya hidup orang Jordan pada waktu cuti malam minggu.

Habis jak melepak minum, langsung tembak ke rumah.

Alhamdulillah atas memori ini.