Sejak akhir-akhir ini, saya terfikir tentang bagaimana riba’ menguasai ekonomi dunia dan kenapa orang Islam mahu menggunakan sistem finansial berasaskan riba’ yang jelas-jelas haram dalam Islam.
Dan persoalan ini sentiasa ada dalam minda separa sedar saya setiap masa dan membuatkan saya mahu kaji lebih mendalam dan mencari solusi bagi masalah ini.
Ketika mana saya menyatakan kerisauan saya pada beberapa orang kawan, ada yang mengangguk dan menyokong dengan apa yang saya pertanyakan dan ada juga yang mempersoalkan, ekomomi dunia dibina di atas riba’. Tanpa riba’, ekonomi dunia akan hancur.
Sejujurnya, saya lebih suka kawan yang mempertanyakan setiap keputusan saya berbanding dengan yang mengiyakan dan sekadar mengangguk kepala sebab dengan mempertanyakan keputusan saya, ia dapat memberi cabaran inteletual untuk mengetahui kebenaran soalan saya dengan lebih cerah.
Apapun, saya sekarang sedang mengkaji tentang perkara tersebut dan semoga dengan usaha dalam melawan riba’ ini, Allah mudahkan jalan untuk mempertemukan solusinya dan dapat diaplikasikan di seluruh dunia.
Izzat Halim
Mu’tah, Jordan
Sabtu , 28 Februari 2026
11 Ramadan 1447