Masa depan ditentukan oleh diri sendiri walau beribu projek futuristik berada di luar sana.
Pada malam semalam dan pagi hari ini, saya ada explore suatu projek Machine Learning Model, yang mana ia boleh bergerak secara local atau online.
Ini adalah teknologi masa depan yang mana sama seperti penciptaan Internet, ia akan berkembangan secara eksponensial.
AI yang kita ada pada hari ini hanyalah tidak sampai daripada 5% sahaja kemampuannya yang maksima.
Dan saya dapat agak dalam 5 ke 10 tahun akan datang, ia adalah suatu industri yang sangat besar dan sangat maju di mana orang-orang dan syarikat-syarikat besar akan saling berkejaran dalam menjadi yang paling unggul di dalam industri ini.
Seperti yang kita lihat pada 20 tahun yang lepas (2000), teknologi televisyen, SMS, internet awal, semuanya telah berkembang dengan maju dan pesat sehingga ke hari ini.
Pada 10 tahun yang lepas (2010), industri sosial media seperti Instagram, Youtube, Facebook dan lain-lain, telah berkembang dengan laju, sehingga sekarang.
Industri-industri ini semua adalah industri yang menjual perhation (attention) manusia dengan data.
Data yang dikumpul kemudian akan dijual ke syarikat-syarikat gergasi.
Dan untuk 10 tahun ini (2020-2029), saya lihat bahawa industri AI, industri machine learning dan duit digital (crypto) akan diintegrasikan ke dalam kehidupan manusia sehari-harian.
Rugilah bagi sesiapa yang melihat semua industri yang akan berkembang pesat pada hari ini, namun tidak menggunakannya bagi kepentingan peribadi.
Kerana sesiapa yang dapat menguasai industri yang sedang melonjak naik, dialah yang ada kuasa dan dapat mempengaruhi dunia ini.
Serta ingat, kekuasaan dan kekayaan adalah amanah daripada Allah.
Bagi sesiapa yang dapat meletakkan dunia di tangannya dan meletakkan akhirat di hatinya, dan bukan pula sebaliknya,
Maka dialah orang paling berjaya, di dunia dan di akhirat.
